eBIB

Hebahan


Pelajar yang berjaya menamatkan kayuhan perlu menghantar bukti rekod kayuhan sebelum atau pada 16 September 2020.
(To: vride@kklej.edu.my, Subject : Nama Peserta )

Berikut adalah Panduan CC Virtual Merdeka 63KM Ride 2020:

  • Peserta boleh memulakan kayuhan basikal mereka secara outdoor. Tidak kira di mana sahaja anda lakukan & bila-bila masa mengikut kesesuaian anda.

  • Gabungan jarak kayuhan adalah digalakkan dalam tempoh kayuhan bermula 31 OGOS 2020 - 16 SEPTEMBER 2020 (contohnya 2km atau 3km sehari digabungkan dengan hari-hari yang lain).

  • Peserta hendaklah melengkapkan jumlah kayuhan 63KM dan rekodkan keputusan kayuhan menggunakan aplikasi telefon pintar seperti Under Armour Ride, Google Map, Strava Cycling, Kamoot Ride, Cycle Meter Training Peak atau sebarang aplikasi yang boleh merekod jarak kayuhan dan masa.

  • Muatnaik gambar dan share rekod kayuhan di laman facebook CC Virtual Merdeka 63KM Ride 2020.

  • Cabutan bertuah akan disiarkan secara live di laman facebook: CC Virtual Merdeka 63KM Ride 2020 bermula jam 10.30 pagi pada Selasa, 22 September 2020. No cabutan bertuah adalah berdasarkan no e-bib. Peserta boleh dapatkan no e-bib melalui laman ini dengan memasukkan no kad pengenalan.

  • Pihak Urusetia akan menghubungi peserta yang bertuah untuk urusan penerimaan hadiah. Kos pengeposan hadiah cabutan bertuah adalah di bawah tanggungan peserta.

  • Keputusan cabutan bertuah adalah muktamad. Sebarang bantahan atau rayuan tidak akan dilayan.

Laman facebook: CC Virtual Merdeka 63KM Ride 2020